Wahai Nabi! Mengapa engkau
haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa yang
dihalalkan oleh Allah bagimu, (kerana) engkau hendak mencari keredaan
isteri-isterimu? (Dalam pada itu, Allah ampunkan kesilapanmu itu) dan
Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.